Hak Asasi Manusia
DEFINISI HAK ASASI MANUSIA
Apa itu Hak Asasi Manusia ?
Apa itu Hak Asasi Manusia ?
Pelbagai definisi dan perbicaraan
mengenai Hak Asasi Manusia, di sini saya ingin berkongsi mengenai beberapa
pandangan mengenai Hak Asasi Manusia, iaitu :-
1. Hak asasi manusia merupakan satu
konsep yang meliputi setiap bangsa, agama, kepercayaan, budaya, adat dan
negara. Hak asasi manusia adalah aspirasi setiap individu serta masyarakat yang
ingin mengecapi kebahagian dalam kehidupannya. Perkembangan hak asasi manusia
dilihat sebagai suatu kepentingan kepada manusia dalam aspek keselamatan
kehidupan, aspek perlindungan diri yang lebih baik.
2. What is RIGHT? A right is the legal
or moral entitlement to do, or refrain from doing something, or to obtain or
refrain from obtaining an action, thing, or recognition in civil society Right
serves as rules of interaction between people, and they place constraints and
obligations upon the actions of individuals or groups. Examples: If one has a
right to life, this means that others do not have the liberty to murder him. If
one has a right within a society to a free education, this means that other
members of that society have an obligation to pay taxes in order to pay the
costs of that educational right.
3. Hak adalah suatu nilai yang diinginkan
seseorang bagi melindungi dirinya agar dapat memelihara dan meningkatkan
kehidupannya dan mengembangkan keperibadiannya (Hakim Stayton) Ia memerlukan
suatu interaksi yang tidak berbelah-bahagi di antara individu dan masyarakat.
Hak seseorang bagi melakukan sesuatu memperjelaskan adanya kewajipan individu
lain dan masyarakat supaya tidak menghalang apa yang dilakukan oleh setiap
individu terbabit.
4. Donelly (1985) menggariskan DUA (2)
konsep utama hak politik dan signifikasi moral Hak dilihat sebagai suatu
kebenaran moral seperti “ianya bukan perkara yang baik untuk dilakukan”. Hak
juga dilihat sebagai kelayakan seperti dalam tuntutan.
5. Pengertian hak (dalam Islam) ‘ Hak’
atau ‘haqq’ dalam perkataan Arab bermaksud ‘ fakta yang nyata’ atau ‘kenyataan’
dalam hukum : ‘kebenaran’ atau apa-apa yang berhubungan dengan fakta. Ahmad
Jalal Hammad pula melihat ‘hak’, ‘kekuatan’ dan ‘tuntutan’ adalah pengertian
lain yang menonjol daripada ‘haqq’.
6. Pengertian hak (A.C Kapur) Hak muncul
daripada masyarakat Setiap hak mempunyai tanggungjawab yang tertentu Hak
bukanlah suatu tuntutan Hak semestinya bersesuaian dengan kebaikan umum Negara
tidak membentuk hak-hak à hanya mengekalkan dan mengkoordinasi
hak-hak yang diterima pakai secara sosialnya. Hak mestilah jelas dan tepat
terutama dalam mengertikannya. Hak mempunyai kecenderungan berkembang.
7. Haqq dalam bahasa Al-Quran adalah
sinonim dengan perkataan ‘kewajipan’. Al-Darini merumuskan definisi ‘haqq’
anugerah khusus atau penguasaan atas sesuatu atau sebuah tuntutan kepada pihak
lain yang disahkan oleh syariat dengan tujuan mendapatkan manfaat tertentu Yang
penting hak ini akan menjamin kepentingan dan kebajikan umat Islam seluruhnya.
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Hak Asasi atau Kebebasan Asasi
1)Kebebasan diri dan nyawa
-Seseorang bebas dan tidak boleh diambil nyawanya, kecuali dituntut oleh undang-undang.
-Seseorang harus diberitahu sebab ia ditangkap.
-Seseorang bebas dan tidak boleh diambil nyawanya, kecuali dituntut oleh undang-undang.
-Seseorang harus diberitahu sebab ia ditangkap.
-Seseorang boleh berunding atau dibela
oleh peguamnya.
-Seseorang harus dihadapkan ke mahkamah dalam
masa 24 jam selepas ditangkap.
-Seseorang hanya boleh ditahan lebih lama melalui
kuasa Majistret.
2)Kerja paksa dan pengabadian
-Seseorang hanya dihukum atas perbuatan yang
dianggap salah di sisi undang-undang.
-Seseorang yang dibebaskan daripadasesuatu kesalahan
tidak boleh didakwa semula atas kesalahan yang sama.
-Namun, mahkamah yang lebih tinggi
boleh memerintah perbicaraan semula sekiranya terdapat bukti
baru tentang kes berkenaan.
3)Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang
berkuat kuasa kebekalangan dan perbicaraan berulang
- Seseorang hanya dihukum atas perbuatan yang
dianggap salah di sisi undang-undang
-Seseorang yang dibebaskan daripada sesuatu kesalahan
tidak boleh didakwa semula atas kesalahan yang sama.
-Namun, mahkamah yang lebih tinggi boleh memerintah
perbicaraan semula sekiranya terdapat bukti baru tentang kes berkenaan.
4)Kesamarataan di sisi undang-undang
-Semua orang berhak mendapat perlindungan yang sama
dari segi undang-undang.
-Tiada perbezaan terhadap warga asing dari segi
kedudukan politik, sosial, pekerjaan, dan taraf ekonomi kecuali jika
diperuntukan oleh Perlembagaan.
5)Larangan dibuang negeri dan kebebasan bergerak
dalam Persekutuan
-Setiap warganegara boleh bergerak dan bermaustatin
di mana-mana negeri dan di Wilayah Persekutuan.
-Namun,Parlimen boleh mengenakan sekatan ini atas
tujuan keselamatan, kesihatan awam dan hukuman atas pesalah.
6)Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan
-Setiap warganegara bebas memberi padangan ,
berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan.
-Namun, Parlimen boleh menyekat kebebasan ini demi
keselamatan dan ketenteraman negara.
7)Kebebasan agama
-Setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan
agamanya sendiri.
-Setiap orang tidak boleh dipaksa membayar cukai khas
untuk maksud agama.
-Setiap orang boleh mengurus agama sendiri atau
menubuhkan yayasan agama dan memegang serta mentadbir harta bagi tujuan agama.
-Namun, Undang-undang negeri boleh menyekat perkembangan
iktikad atau kepecayaan antara penganut Islam.
8)Hak yang sama dalam pelajaran
-Setiap warganegara berhak mendapat pelajaran yang
sama daripada pihak berkuasa awam.
-Kumpulan agama berhak menubuhkan dan
menyelenggarakan institusi pendidikan.
9)Hak atas harta peribadi
-Setiap warganegara berhak mengumpul dan mengagihkan
hartanya.
-Pampasan harus diberi apabila harta seseorang perlu
diambil alih melalui undang-undang.
-Namun, seseorang atau pesalah boleh dilucutkan
hartanya mengikut peruntukan undang-undang.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home