ISU HAKAM
Isu HAKAM
Hak Kanak-Kanak Perlu Dipertahankan - Aznil Hj Nawawi
Bermula dari tweet mengenai penculikan Nayati Moodliar, menggerakkan hati personaliti televisyen Aznil Haji Nawawi untuk terlibat dalam inisiatif pembelaan kanak-kanak.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Tun Hussein berkata beliau gembira kerana golongan selebriti juga mahu sama-sama menjayakan pelbagai program untuk negara. Ini termasuk bakal menjayakan satu inisiatif pembelaan kanak-kanak jalanan, terbiar, tiada sijil kelahiran dan diperalatkan sindiket antarabangsa melalui Kementerian Dalam Negeri.
“Terlalu banyak kejadian yang melibatkan kanak-kanak sejak akhir-akhir ini. Ada yang dibunuh, diculik, didera dan pelbagai gejala negatif yang melibatkan mereka. Sebagai personaliti televisyen yang prihatin terhadap isu ini, saya perlu melakukan sesuatu.”
“Tweet tersebut membuka jalan kepada saya untuk mendekati Kementerian Dalam Negeri melalui Datuk Hishamuddin Tun Hussein. Sebenarnya pihak kementerian sendiri pada waktu yang sama sedang merangka jalan untuk menyelesaikan masalah “stateless children”.
Mahu menyumbangkan tenaganya, Aznil merasakan hak kanak-kanak malang itu perlu dipertahankan.
“Apabila mereka tidak memiliki sijil kelahiran dan kad pengenalan, hak mereka untuk bersekolah secara tidak langsung telah dinafikan. Masalah ini merupakan masalah besar yang perlu diatasi dengan segera kerana kanak-kanak merupakan pewaris untuk masa depan negara.”
Melangkah ke hadapan, satu pertemuan dengan pihak kementerian telah pun berlangsung minggu lalu. Sebagai langkah pertama, masalah yang melibatkan kanak-kanak Chow Kit akan cuba untuk diatasi segera.
“Saya sendiri telah mempunyai perancangan untuk menerbitkan video kesedaran untuk masyarakat agar mereka peka mengenai isu penculikan kanak-kanak, penderaan dan sebagainya. Saya berharap ia akan menjadi kenyataan.” ulas Aznil mengakhiri bicara.

Aznil Hj Nawawi dan Aaron Aziz merupakan antara selebriti yang bakal menjayakan satu inisiatif pembelaan kanak-kanak jalanan, terbiar, tiada sijil kelahiran dan diperalatkan sindiket antarabangsa melalui Kementerian Dalam Negeri.
sumber: http://www.gua.com.my/berita-artis/Hak_Kanak_Kanak_Perlu_Dipertahankan_Aznil_Hj_Nawawi.html